Wednesday 26 October 2011

JOM BOWLING BERSAMA STAFF......

BERPOSING SEBELUM BERTOLAK KE MIBC...

JOM BOWLING DI ANTARA KAKITANGAN MINI STADIUM BISTARI TELAH DIADAKAN PADA 17.07.2011 ( AHAD ) BERTEMPAT DI MELAKA INTERNATIONAL BOWLING CENTRE ( MIBC )..... KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN ADALAH PERLWANAN ANTARA KUMPULAN A DAN KUMPULAN B, 5 PESERTA YANG MENGUMPUL MATA TERTINGGI TELAH DIPILIH BAGI PERLAWANAN BOWLING PERSEORANGAN....

JUARA BERKUMPULAN TELAH DIMENANGI OLEH KUMPULAN B YANG TERDIRI DARI SHIDA, IRA, PAK OTHMAN, ABG BRAHIM DAN FENDI YANG MEMBAWA PULANG WANG TUNAI, PIALA DAN HAMPER. TAHNIAH KEPADA KUMPULAN B, KUMPULAN A TERDIRI DARI PN AZYANA, ISMA, PAK IBRAHIM, KAK KIAH DAN KAK JEE YANG MEMBAWA PULANG PIALA DAN HAMPER....

KATEGORI PERSEORANG ADALAH SERAMAI 5 PESERTA SAHAJA DAN PESERTA YG TERPILIH IALAH PN AZ, PN SHIDA, CIK ISMA, PAK OTHMAN DAN ABG BRAHIM.... JENG JENG.... JUARA DIMENANGI OLEH PN AZ YANG MANA MERUPAKAN JOHAN BERTAHAN SELAMA 2 TAHUN, NAIB JOHAN PULA CIK ISMA, KETIGA OLEH PN SHIDA, KEEMPAT PAK OTHMAN DAN KELIMA OLEH ABG BRAHIM.....

BAGI YG KALAH DAN TEWAS, JANGAN PUTUS ASA..KITA JUMPA LAGI TAHUN HADAPAN...INSYA ALLAH......  JUMPA LAGI... JOM BOWLING BISTARI TAHUN 2012.....

ratu2 mini stadium BISTARI..hehe

aksi pak othman..cayalah bro.

jumpa lg next year...

steady la....

Friday 6 May 2011

PERALATAN UNTUK DISEWA....

MEJA BULAT              -       RM 10.00/satu
KERUSI BANQUET     -       RM 5.00/satu
KERUSI PLASTIK       -       RM 1.00/satu
DOME ( HIDANG )     -       RM 70.00/satu set
ALAS MEJA                -       Dari RM 3.00 ke RM 6.00/sehelai
SARUNG KERUSI       -       Dari RM 3.00 ke RM 4.00/sehelai
TABLE NUMBERING  -      RM 5.00/satu set

KADAR SEWAAN ALAT BOLEH DIRUNDING BERGANTUNG PADA
KUANTITI YANG HENDAK DISEWA DAN PENYEWA BERTANGGUNGJAWAB
KE ATAS KEROSAKKAN YANG MANA PERLU DIGANTI RUGI.

PAKEJ SEWAAN YANG DITAWARKAN DI MINI STADIUM BISTARI

MAJLIS PERKAHWINAN, HI-TEA & MAKAN MALAM

PAKEJ A  :  RM 4,400.00 ( 5 JAM )
                  - 100 Meja Bulat
                  - 1000 Kerusi Banquet
                  - 10 Meja Panjang
                  - Basic P.A. System

PAKEJ B  :  RM 3,800.00 ( 5 JAM )
                  - 80 Meja Bulat
                  - 800 Kerusi Banquet
                  - 10 Meja Panjang
                  - Basic P.A. System
                 
PAKEJ C  :  RM 3,400.00 ( 5 JAM )
                  - 60 Meja Bulat
                  - 600 Kerusi Banquet
                  - 10 Meja Panjang
                  - Basic P.A. System

PAKEJ D  :  RM 3,600.00 ( 5 JAM )
                  - 100 Meja Bulat
                  - 700 Kerusi Plastik & 300 Kerusi Banquet
                  - 10 Meja Panjang
                  - Basic P.A. System

PAKEJ E  :  RM 3,200.00 ( 5 JAM )
                  - 80 Meja Bulat
                  - 600 Kerusi Plastik & 200 Kerusi Banquet
                  - 10 Meja Panjang
                  - Basic P.A. System

PAKEJ F  :  RM 2,800.00 ( 5 JAM )
                  - 60 Meja Bulat
                  - 600 Kerusi Plastik
                  - 10 Meja Panjang
                  - Basic P.A. System

Saturday 30 April 2011

SELAMAT DATANG KE DEWAN MINI STADIUM BISTARI

Bahagian depan Mini Stadium BISTARI

Pintu Masuk Utama

Dewan Ini Telah Dirasmikan Pada 03.10.2002

Mini Stadium BISTARI adalah dewan yang dimiliki oleh Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Melaka atau lebih dikenali dengan nama BISTARI.  Pengerusi BISTARI ialah YABhg. Datin Seri Hjh Asmah Binti Ab Rahman, isteri kepada YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka merangkap Penasihat BISTARI.

Dewan ini telah dirasmikan pada 03hb Oktober 2002 oleh YABhg. Datin Sri Utama Tun Dr. Siti Hasmah Binti Mohd Ali.  Dewan ini merupakan dewan badminton yang mana mempunyai 6 gelanggang badminton dilengkapi dengan kerusi penonton dibahagian kiri dan kanan dewan.  Kemudahan yang disediakan seperti surau, tandas yang bersih dan selesa, bilik seminar, bilik VVIP, bilik menunggu, bilik mesyuarat, bilik kafeteria, bilik persalinan dan penginapan di Asmavilla yang mana terletak bersebelahan dengan Mini Stadium BISTARI menjadikan dewan ini salah satu dewan yang terkenal di Negeri Melaka.

Selain dari sewaan untuk gelanggang badminton, kami juga menyewakan dewan ini kepada orang ramai bagi melangsungkan majlis perkahwinan, makan malam, hi-tea, seminar, konvokesyen, mesyuarat agong dan pelbagai lagi majlis yang sesuai boleh diadakan di dewan ini.  Kapasiti dewan ini boleh memuatkan 1,000 orang ( 100 meja bulat ) pada satu masa.

Kami menawarkan pakej-pakej harga yang menarik dan pelbagai pilihan mengikut pilihan pelanggan dan budget yang dirancangkan, kami memberi kebebasan kepada pelanggan dari segi hiasan dan katering yang mana pelanggan berhak untuk membuat pilihan sama ada untuk menguruskan sendiri atau pihak dewan mencadangkan katering dan decoration yang terbaik sahaja dan terpulang kepada pelanggan untuk memilih.
Tempahan hendaklah dibuat 8 bulan lebih awal dan bayaran deposit hendaklah dibayar setelah tarikh tempahan ditetapkan.
 
Mini Stadium BISTARI adalah dibawah pengurusan Pn Azyana Binti Md Nasir, selain itu beliau juga menguruskan Asmavilla BISTARI Melaka, Pusat Sukan MBMB-MSN, Ballroom Stadium Hang Jebat dan juga Dewan Dato' Demang Husin.

pelamin 1 malaysia

suasana yang indah....