Saturday 30 April 2011

SELAMAT DATANG KE DEWAN MINI STADIUM BISTARI

Bahagian depan Mini Stadium BISTARI

Pintu Masuk Utama

Dewan Ini Telah Dirasmikan Pada 03.10.2002

Mini Stadium BISTARI adalah dewan yang dimiliki oleh Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Melaka atau lebih dikenali dengan nama BISTARI.  Pengerusi BISTARI ialah YABhg. Datin Seri Hjh Asmah Binti Ab Rahman, isteri kepada YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka merangkap Penasihat BISTARI.

Dewan ini telah dirasmikan pada 03hb Oktober 2002 oleh YABhg. Datin Sri Utama Tun Dr. Siti Hasmah Binti Mohd Ali.  Dewan ini merupakan dewan badminton yang mana mempunyai 6 gelanggang badminton dilengkapi dengan kerusi penonton dibahagian kiri dan kanan dewan.  Kemudahan yang disediakan seperti surau, tandas yang bersih dan selesa, bilik seminar, bilik VVIP, bilik menunggu, bilik mesyuarat, bilik kafeteria, bilik persalinan dan penginapan di Asmavilla yang mana terletak bersebelahan dengan Mini Stadium BISTARI menjadikan dewan ini salah satu dewan yang terkenal di Negeri Melaka.

Selain dari sewaan untuk gelanggang badminton, kami juga menyewakan dewan ini kepada orang ramai bagi melangsungkan majlis perkahwinan, makan malam, hi-tea, seminar, konvokesyen, mesyuarat agong dan pelbagai lagi majlis yang sesuai boleh diadakan di dewan ini.  Kapasiti dewan ini boleh memuatkan 1,000 orang ( 100 meja bulat ) pada satu masa.

Kami menawarkan pakej-pakej harga yang menarik dan pelbagai pilihan mengikut pilihan pelanggan dan budget yang dirancangkan, kami memberi kebebasan kepada pelanggan dari segi hiasan dan katering yang mana pelanggan berhak untuk membuat pilihan sama ada untuk menguruskan sendiri atau pihak dewan mencadangkan katering dan decoration yang terbaik sahaja dan terpulang kepada pelanggan untuk memilih.
Tempahan hendaklah dibuat 8 bulan lebih awal dan bayaran deposit hendaklah dibayar setelah tarikh tempahan ditetapkan.
 
Mini Stadium BISTARI adalah dibawah pengurusan Pn Azyana Binti Md Nasir, selain itu beliau juga menguruskan Asmavilla BISTARI Melaka, Pusat Sukan MBMB-MSN, Ballroom Stadium Hang Jebat dan juga Dewan Dato' Demang Husin.

pelamin 1 malaysia

suasana yang indah....